-->
IT's MY BLOG I CAN WRITE WHAT I WANT TO

Saturday, November 24, 2012

Apa yg perempuan mahukan daripada lelaki



aku jumpe something yg best nk share ngan anda sumua ...:D
1. Beramal soleh
Perempuan mahukan seorang lelaki yang beramal soleh. Mereka mahukan lelaki yang tahu menjaga Rukun Islam, menunaikan solat lima waktu sehari semalam, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan zakat, dan sentiasa menjaga batas-batas pergaulan di antara lelaki dan perempuan. Mereka juga mahukan lelaki tersebut tidak melakukan perkara-perkara yang diharamkan dalam Islam.
2. Bersikap adil
Yang kedua, perempuan mahukan lelaki yang bersikap adil. Ianya adalah seperti bersikap adil dengan anak-anak, ibu bapa, ibu dan bapa mertua, adik beradik dan rakan-rakan. Sesetengah lelaki hanya mementingkan diri mereka sahaja dan tidak menghiraukan pasangan mereka. Mereka lebih mendahulukan keluarga mereka sendiri tanpa mengambil kisah ahli keluarga pasangan mereka. Perempuan tidak suka lelaki yang bersikap begini.
3. Bertanggung jawab
Lelaki perlu mempunyai sikap yang bertanggung jawab. Tidak kisah samada lelaki itu sudah berkahwin atau pun tidak, dia perlu bertanggung jawab atas setiap apa yang telah dilakukan. Jika dia ada buat salah, dia perlu bertanggung jawab atas kesalahan yang dilakukan itu. Jika dia ada anak, dia perlu bertanggung jawab memberikan nafkah kepada anak-anaknya. Janganlah berlepas tangan dan membiarkan pasangan anda begitu sahaja.
4. Bertolak ansur
Perempuan juga inginkan lelaki yang tahu bertolak ansur. Ada sesetengah lelaki yang tidak ambil peduli langsung perasaan pasangan mereka. Apa yang mereka tahu, perempuan perlu ikut cakap suami. Jangan cakap banyak. Tetapi itulah kesilapan yang sering berlaku. Mereka tidak mahu bertolak ansur dan mendengar pendapat dan cadangan dari perempuan.
5. Ikhlas
Seorang lelaki perlulah iklas dalam perhubungan mereka. Janganlah mereka rasa diri mereka terpaksa untuk menyayangi seseorang. Untuk memastikan sesebuah perhubungan itu kekal, seseorang lelaki itu haruslah mempunyai niat hati yang ikhlas untuk berkawan, berkenalan, dan berkahwin dengan perempuan yang ingin dikahwini.
6. Ingin dimanja
Perempuan mahukan lelaki yang pandai memanjakan diri mereka. Anda pun tahu bahawa perempuan ini memang mempunyai perwatakan yang manja. Oleh itu mereka sangat suka jika anda dapat memanjakan diri mereka dengan cara anda tersendiri.
7. Kasih sayang
Apa maknanya cinta tanpa adanya kasih dan sayang. Perempuan akan merasakan dirinya berada dalam hati seorang lelaki apabila lelaki dapat memberikan kasih sayang dan menyayangi mereka dengan sepenuh hati.
8. Kejujuran
Jujurlah dalam berpasangan. Ianya adalah sangat penting dan sangat dititik beratkan oleh perempuan. Hati perempuan akan remuk apabila lelaki yang mereka sayangi mempunyai perempuan lain di belakang mereka.
9. Kepercayaan
Perempuan inginkan kepercayaan dari seorang lelaki. Mereka tidak mahu lelaki berprasangka buruk dan fikir yang bukan-bukan tentang dirinya. Berikan kepercayaan kepada pasangan anda agar si dia dapat memberikan kepercayaan pula kepada anda.
10. Kesetiaan
Apa gunanya jujur kalau tidak setia. Anda perlu setia dengan pasangan anda. Tak usahlah mencari yang lain melainkan anda melepaskan dulu pasangan anda yang sedia ada. Lebih baik menjaga hati mereka dengan baik daripada menyakitinya dengan kecurangan anda.
11. Lemah lembut
Perempuan merupakan insan yang penuh lemah lembut. Mereka tidak suka apabila lelaki mengasari diri mereka. Apabila anda bercakap, bercakaplah dengan lemah lembut dan romantik. Kami percaya si dia pasti terpikat dengan kelembutan layanan anda pada dirinya.
12. Memahami 
Sering berlaku pergaduhan disebabkan perselisihan faham. Perempuan maksudkan yang lain, tetapi anda menganggap yang lain. Anda perlu faham dengan jelas apakah yang mereka inginkan dari anda. Apabila mereka merungut, tidak bermaksud si dia menyalahkan diri anda. Tetapi si dia ingankan anda mendengar luahan hatinya.
13. Memimpin
Seorang lelaki perlu pandai memimpin. Setelah berkeluarga, lelakilah yang akan memimpin keluarga tersebut. Jika anda tidak pandai memimpin pasangan anda, siapa lagi yang dapat si dia berikan kepercayaan untuk memimpinnya ke syurga Allah?
14. Mempunyai pekerjaan
Bukan bermaksud perempuan adalah insan yang materialistik. Tetapi mereka inginkan kepastian dalam hidup mereka. Mereka mahukan lelaki yang mempunyai pekerjaan supaya mereka dapat bergantung harap dan mempunyai makan dan minum yang mencukupi seperti ketika si dia dijaga oleh bapanya sebelum diijab kabulkan dengan anda.
15. Perhatian
Yang seterusnya, perempuan inginkan perhatian dari anda. Apabila mereka mula bercakap, mereka inginkan anda mendengar apa yang mereka katakan. Mereka mahukan anda memberikan perhatian sepenuhnya kerana mereka hanya dapat meluahkan perasaan dan terlepas dari kesedihan apabila anda dapat mendengar luahan hati mereka dengan teliti.
16. Perlindungan
Perempuan adalah insan yang lemah. Mereka tidak kuat dan mereka memerlukan pertolongan dan perlindungan dari anda. Sebagai seorang lelaki, anda haruslah menjaga dan melindungi pasangan anda daripada sebarang bahaya, ancaman dan memberikan tempat tinggal untuk si dia berteduh dan berlindung.
17. Rajin
Apabila sudah berkahwin nanti, jangan hanya membiarkan isteri anda melakukan segala kerja rumah. Jadilah seorang suami yang rajin dengan bersama-sama membantu dan menolong si dia dalam mengemas rumah, menyiram pokok bunga, basuh pinggan mangkuk, dan sebagainya. Mereka sangat suka apabila mempunyai seorang lelaki yang rajin membantu mereka membuat kerja-kerja harian di rumah.
18. Romantik
Dan akhir sekali, perempuan inginkan lelaki yang romantik. Mereka sukakan lelaki yang pandai mengambil hati mereka seperti membuat kejutan pada hari ulang tahun perkahwinan, ulang tahun kelahiran atau pada hari-hari yang anda rasakan perlu. Dan perempuan sukakan hadiah. Apa kata anda berikan si dia hadiah sempena ulang tahun kelahiran si dia nanti.

sumber - web informasi 


Posted by i ha+es u props" at 8:01 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: info, LOVE

Perfect Snap part 1


one day i hope i can be the professional photographer ...those picture was'nt mine...but something good to share with you guys 


























Posted by i ha+es u props" at 7:44 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: picture

Cara nak jatuhkan ego lelaki



kpd sesiape yg tgh bercinta cube bace mne tau dapt mmembantu korang 

1.BERSABAR

Untuk menjinakkan ego seorang lelaki perlukan kesabaran yang tinggi kerana lelaki juga sukar diduga. Anda perlu bersiap sedia untuk disakiti, dimalukan, apatah lagi diperbodoh apabila segala usaha anda tidak berhasil dan hanya sia-sia.

2. FAHAMI DIA

Fahami dia dalam erti kata lain ialah anda belajar menjadi stalker. Fahami dia adalah kunci kejayaan anda. Sedangkan dalam berperang, tentera juga perlu memahami strategi musuhnya untuk menang, jadi gunakan taktik yang sama! *Haish…Kuat berimiginasi aku nih…*

3.HORMATI DIA

Pertama sekali ialah belajar menghormati dia. Jika anda berharap si dia menghormati anda, anda perlu hormati dia dulu. Namun berbeza bagi setiap lelaki itu untuk belajar menerima apa yang anda cuba lakukan. Ada sesetengah lelaki akan beranggapan sudah menjadi lumrah alam perempuan tunduk dan patuh padanya. Malahan ada juga yang memahami dengan membalas kembali apa yang diberi. Apapun, menghormati itu adalah kunci kepada langkah yang seterusnya.

4.JANGAN BERTEKAK DENGAN DIA

Berhenti daripada mewujudkan suasana tegang antara anda. Jikalau anda rasakan dia tidak boleh menerima pendapat anda semata-mata untuk dia merasakan maruahnya tidak tercalar, biarkan saja. Biar dia saja yang rasa betul. Akhirnya nanti, dia akan dimalukan oleh perangai egonya sendiri sehingga tercalar egonya. Siapa tahu, mungkin dia akan sedar dan belajar merendahkan egonya. Apa yang penting, jangan sentiasa berharap untuk menang dalam setiap perbalahan dengan lelaki. Kerana ada hanya akan meninggikan egonya.

5. HARGAI DIA

Tahukah anda, kita di Malaysia ini terlalu disogokkan dengan cerita-cerita cinta yang terlalu kompleks sehinggakan terikut-ikut dengan cerita tersebut. Anda tak perlu bersusah payah terkejar-kejarkan si dia. Apa yang anda perlu ialah hargai dia. Jadikan tiap-tiap hari adalah hari untuk menghargai dia bukan hanya satu hari saja seperti yang dilakukan mereka yang menyambut Valentine’s. Ucapkan terima kasih sudah memadai. Penghargaan ibarat racun yang meracun diri secara halus tetapi amat berkesan!

6.SAYANGI DIA

Cuba renungkan kembali kenapa anda ingin jatuhkan ego si dia.. Adakah kerana cinta? Atau adakah kerana anda telah tercinta si dia? Tanpa anda sedar, sebenarnya anda telah sayang pada dia. Ada sebabnya kenapa ego si dia diciptakan mempunyai ego, kerana si dia telah mewarnakan hidup anda. Jadi, anda mempunyai dua pilihan, jika anda ingin menjatuhkan ego dia semata-mata anda benci dia, baik anda menjauhkan diri anda daripada dia, kerana kelak apabila si dia sudah tiada, pasti anda akan teringat pada dia. Atau anda teruskan menyayangi si dia dengan menunjukkan kasih dan sayang anda pada si dia. Biarkan si dia tidak mengerti, lama kelamaan pasti si dia juga akan mula sayangkan anda. This is law of attraction! Apabila satu hati mencintai yang lain, satu lain tidak mencintai sebagaimana dia dicintai.

7. JANGAN MEMALUKAN DIA

Kalau anda benar-benar menjatuhkan ego dia, malukanlah dia dihadapan orang ramai. Ya, kemungkinan besar dia akan berlalu pergi daripada tempat itu malahan mungkin juga akan menangis. Mungkin itu yang anda ingin lihat sebagai seorang perempuan. Ops…Bukan perempuan, perempuan murahan. Kerana apabila anda menjatuhkan ego si dia apatah lagi menjatuhkan maruah dia di khalayak ramai, anda juga telah memalukan diri anda sendiri. Tetapi ingat, hidup anda tidak akan aman lagi kerana dibayangi oleh si dia yang pada bila-bila masa akan membalas kembali apa yang anda lakukan. Mungkin si dia akan kembali untuk meragut nyawa anda, atau mungkin orang yang anda sayangi. Siapa tahu, ego lelaki mampu bertindak lebih daripada segalanya!

sumber :Google hehe




Posted by i ha+es u props" at 7:35 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: info, LOVE

RumaH hantu


Sebuah rumah hantu telah meletak kamera tersembunyi untuk menangkap gambar para pengunjung yang disergah hantu dirumah tersebut ....haha macam2 gaya dn memek muka ditonjolkn oleh mereka ..






















Posted by i ha+es u props" at 7:23 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: funny, HIM, picture

Thursday, November 15, 2012

Esei budak darjah 3






Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar.

Tetapi saya tidak mahu. Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah.Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang. Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit “Adoi!”.

Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri.

Feri itu terbelah dua. Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan.

Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu. Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit “Adoi..!” dan jatuh ke bumi.

Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris. Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati.

Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi.

Polis yang bertugas cubamenyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati. Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati.

Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.

sumber dari facebook ...
Posted by i ha+es u props" at 10:58 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: funny

Wednesday, November 14, 2012

like a BOSS ..


Like seriously bukan aku nak kutuk ke ke ape..tp ade gambo yang mencuit hati yang hanya ade kat malaysia  je ..kat country laen blum tau lagi ade tau..and picture ni random so kalau terase aku mohon maaf siap2 kehkeh so layan lah gambo2 ni pada petang hari yang agak bosan niyh..hehe









like a boss ..haha




nak jugak tahu kedai mane yang charge basuh tangan 20 sen nih,,haha








offer lai lai lai..



















































Posted by i ha+es u props" at 1:29 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: funny, HIM, picture
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Comments (Atom)

Hasil Tulisan yang lain

  • ►  2013 (2)
    • ►  October (2)
  • ▼  2012 (14)
    • ▼  November (14)
      • Apa yg perempuan mahukan daripada lelaki
      • Perfect Snap part 1
      • Cara nak jatuhkan ego lelaki
      • RumaH hantu
      • Esei budak darjah 3
      • like a BOSS ..
      • about lemon that you need to know
      • kasut idaman ...
      • The most beautiful eyes in the world
      • types of cats..
      • Pantang Larang Orang Dulu -Dulu
      • 50 facts bout guy..
      • tunggu sekejap ...
      • Typo here and there
  • ►  2011 (30)
    • ►  November (3)
    • ►  October (6)
    • ►  August (1)
    • ►  April (1)
    • ►  March (9)
    • ►  February (10)
  • ►  2010 (3)
    • ►  December (1)
    • ►  November (1)
    • ►  February (1)

Labels

  • cute (1)
  • eiyqa shoutout (4)
  • friends (1)
  • funny (9)
  • HIM (6)
  • info (7)
  • LOVE (4)
  • picture (7)
  • simple (4)
  • those thing that always in my head (2)
  • video (10)

Search This Blog

Popular Posts

  • whackiest questions
  • twins~
  • the beauty of add math...
  • about lemon that you need to know
  • RumaH hantu
  • imbuhan KE yg berbahaya..
  • (no title)
  • kisah aku yg seorang
  • Ne-Yo - One In a Million ( David Letterman 17/11/10)

hello...

welcome to my blog ..

hope you guys enjoyed and have a nice day..
i love to share what i found especially a picture ..
may God bless you

tik tok!!

Clock Widgets

number visitor

blog counter
blog counterDiseƱo WebSillas modernas

SAID NO TO DRUG

Alcohol&Drugs Myspace Comments
MyNiceProfile.com

QUIQUI!!

QUIQUI!!
DAMIEN NUR ATIQA ROZI

meeting room..


Shoutbox
 
damien nur atiqa rozi props. Awesome Inc. theme. Powered by Blogger.